Tikam pelajar: Suspek disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, direman seminggu

PETALING JAYA - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, bagi membantu siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini.
Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis.
Suspek yang juga pelajar Tingkatan Satu (Kelas Peralihan) direman sehingga Selasa minggu depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam prosiding ini, suspek yang memakai baju oren diwakili peguam, Anuar Ezzad.
Pada Selasa, media melaporkan mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga (Kelas Peralihan) sekolah sama, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9.30 pagi.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, suspek berjaya ditahan pada hari sama.
Usaha media untuk mengambil gambar suspek ketika dibawa ke mahkamah tidak berjaya, kerana pelajar berkenaan dibawa menerusi laluan dalam ke lokap sementara.
Ringkasan AI
- Suspek kes tikam pelajar 16 tahun disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
- Seorang pelajar lelaki 14 tahun direman tujuh hari untuk membantu siasatan
- Reman dikeluarkan oleh Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha atas permohonan polis
- Suspek dan mangsa adalah pelajar di sekolah menengah sama di Bandar Utama
- Mangsa meninggal di lokasi kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
