Tetak kawan baik sampai mati kerana enggan bayar hutang

Lokasi kejadian yang dikerumuni orang ramai. Foto Agensi
Lokasi kejadian yang dikerumuni orang ramai. Foto Agensi
A
A
A

PINRANG – Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis selepas disyaki menetak rakan baiknya hingga maut akibat pertikaian berhubung hutang berjumlah 25 juta rupiah (RM6,370) di daerah Pinrang, Sulawesi Selatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Pinrang, AKP Ananda Gunawan berkata, kejadian berlaku di Jalan Anggrek, Kecamatan Paleteang, sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Rabu, 8 Oktober 2025.

“Siasatan awal mendapati suspek bertemu mangsa untuk menuntut bayaran hutang. Namun, mangsa enggan melunaskan jumlah hutang tersebut, menyebabkan suspek berang dan menetak mangsa menggunakan parang,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan kaki, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menahan suspek serta merampas senjata yang digunakan.

Menurut Ananda, kes disiasat mengikut Pasal 340 Kanun Keseksaan Indonesia kerana membunuh dengan niat, dengan siasatan turut melibatkan kemungkinan pelanggaran Pasal 338 dan 351(1).

“Motif utama dipercayai berpunca daripada hutang yang gagal dibayar. Suspek mendakwa telah beberapa kali menuntut bayaran namun tidak diendahkan,” ujarnya.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki 32 tahun ditahan kerana menetak rakan hingga maut berhubung hutang RM6,370 di Pinrang, Sulawesi Selatan
  • Kejadian tersebut berlaku di Jalan Anggrek, Kecamatan Paleteang pada 8 Oktober 2025
  • Suspek menuntut bayaran hutang namun mangsa enggan membayar menyebabkan pertikaian
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia
  • Polis merampas senjata dan menyiasat kes sebagai pembunuhan dengan niat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!