Tembak isteri 14 kali hingga mati kerana cemburu buta

BANGKOK - Gara-gara cemburu tak bertempat, seorang lelaki tergamak menembak mati isterinya sebanyak 14 kali sebelum mengambil nyawanya sendiri.
Platform berita, Matichon Online melaporkan, pelaku dikenali sebagai Tassakorn, 44, manakala mangsa, Namfon, 36, dan kejadian pembunuhan itu berlaku di daerah Ban Na San, wilayah Surat Thani di Thailand pada Khamis lalu.
"Tassakorn terlalu cemburu buta sedangkan isterinya tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa pun.
"Pasangan tersebut bertengkar kerana pelaku mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dengan orang lain hingga lelaki itu menggunakan kekerasan dan nekad melepaskan tembakan," menurut ahli keluarga mereka.
Menurut polis, pistol 9mm ditemui di lokasi kejadian.
"Sebanyak 14 kesan tembakan ditemui pada tubuh isterinya termasuk lima pada bahagian dadanya.
"Mayatnya ditemui dalam keadaan menindih jasad isterinya," ujar jurucakap polis.
Difahamkan, pasangan yang mempunyai dua anak lelaki itu telah berkahwin selama lebih 20 tahun.- Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki menembak mati isterinya 14 kali kerana cemburu tak bertempat
- Kejadian itu berlaku di daerah Ban Na San, wilayah Surat Thani, Thailand
- Pelaku, Tassakorn, cemburu buta walaupun isterinya, Namfon, tidak berhubungan dengan orang lain
- Polis menemui pistol 9mm di lokasi kejadian dan 14 kesan tembakan pada tubuh isterinya
- Pasangan itu mempunyai dua anak lelaki dan telah berkahwin selama lebih 20 tahun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

