Berebut harta pusaka, kakak nekad roboh rumah adik

Tindakan merobohkan rumah itu dilakukan selepas si kakak memperoleh perintah mahkamah berhubung pemilikan harta pusaka yang menjadi rebutan.
Tindakan merobohkan rumah itu dilakukan selepas si kakak memperoleh perintah mahkamah berhubung pemilikan harta pusaka yang menjadi rebutan.
A
A
A

JAKARTA - Pertikaian mengenai harta pusaka antara dua beradik di Madura, Jawa Timur berakhir dengan tragedi apabila seorang wanita sanggup merobohkan rumah adiknya sendiri selepas memenangi kes mahkamah.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas satu rakaman video menunjukkan sebuah jentera jengkaut sedang merobohkan rumah berkenaan di hadapan penduduk setempat.

Menerusi video yang dikongsi, tertera kapsyen berbunyi, tiada istilah saudara jika ia berkaitan dengan harta.

Menurut perakam video, tindakan merobohkan rumah itu dilakukan selepas si kakak memperoleh perintah mahkamah berhubung pemilikan harta pusaka yang menjadi rebutan.

Proses perobohan tersebut turut disaksikan dan dipantau pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ia dijalankan mengikut undang-undang.

Laporan itu turut menyebut, empat struktur bangunan telah dirobohkan dalam operasi berkenaan melibatkan tiga buah rumah dan sebuah dapur.

Difahamkan, si adik sempat merayu agar rumahnya tidak dirobohkan, namun permintaan itu ditolak memandangkan pelaksanaan perintah telah diluluskan secara sah oleh mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pertikaian harta pusaka antara dua beradik di Madura berakhir dengan rumah adiknya diruntuhkan selepas kakak menang mahkamah
  • Kejadian dirakam dan menjadi tular di media sosial
  • Video menunjukkan jentera jengkaut merobohkan rumah di hadapan penduduk setempat
  • Perobohan dijalankan selepas perolehan perintah mahkamah tentang pemilikan harta pusaka
  • Empat struktur bangunan termasuk tiga rumah dan sebuah dapur dirobohkan dalam operasi itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!