Wanita ditemui rentung dalam longgokan sampah, anak kandung disyaki dalang pembunuhan

LOMBOK BARAT – Seorang wanita yang dikenali sebagai YRA ditemui meninggal dunia dalam keadaan rentung terbakar di dalam longgokan sampah di tepi jalan di kawasan Sekotong, Kabupaten Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia baru-baru ini.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, seorang lelaki yang dikenali sebagai BP, yang kini telah ditahan bagi membantu siasatan.
Pengarah Siasatan Jenayah Am Polis Daerah NTB, Komisioner Besar Polis Arisandi berkata, suspek ditahan oleh pasukan siasatan jenayah di kediamannya di Monjok Baru, Kota Mataram, pada Isnin malam (26 Januari).
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta cara kejadian berlaku.
Mayat mangsa ditemui orang awam pada Ahad (25 Januari) sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Polis segera mengawal kawasan kejadian dan memindahkan jenazah ke Hospital Bhayangkara Mataram untuk proses pengecaman dan pemeriksaan forensik.
Hasil siasatan awal turut membawa kepada penemuan beberapa barang bukti di lokasi kejadian, termasuk plastik pembungkus bungkusan terpakai, sebuah botol air mineral yang mengandungi sisa cecair dipercayai bahan bakar, serta seutas tali yang ditemui di bawah mayat mangsa.
Kes disiasat mengikut undang-undang jenayah Indonesia berkaitan kes bunuh dan polis tidak menolak kemungkinan pertuduhan tambahan bergantung kepada hasil siasatan lanjut. - Agensi
Ringkasan AI
- Wanita dikenali sebagai YRA ditemui meninggal dunia terbakar dalam longgokan sampah di Sekotong, Lombok Barat
- Mangsa dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya, lelaki dikenali sebagai BP yang telah ditahan
- Suspek ditahan di kediamannya di Monjok Baru, Kota Mataram
- Mayat mangsa ditemui orang awam dan dilaporkan kepada pihak berkuasa
- Penemuan barang bukti di lokasi kejadian termasuk plastik pembungkus, botol air mineral dengan sisa cecair dan seutas tali
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

