KPM tolak guna rotan untuk didik murid

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad bercakap berkaitan kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan hari ini. Foto Bernama
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad bercakap berkaitan kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat mendidik murid, sebaliknya menekankan pendekatan pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, kementerian melihat keperluan untuk membentuk generasi beradab dan berakhlak tinggi melalui bimbingan serta teladan, bukannya melalui hukuman fizikal.

Beliau berkata, negara-negara maju telah membuktikan bahawa sistem pendidikan yang menolak penggunaan rotan masih mampu melahirkan generasi berdisiplin dan beretika.

“Untuk setakat ini, pendirian kita jelas, kita tidak menggunakan rotan sebagai alat dalam pendidikan.

"Negara maju lain tidak menggunakan rotan, tetapi mereka dapat melahirkan generasi yang beradab,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar di sini pada Isnin.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Malaysia menolak penggunaan rotan dalam pendidikan
  • Menekankan pendekatan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter
  • Generasi beradab dan berakhlak tinggi dibentuk melalui bimbingan dan teladan
  • Negara-negara maju berjaya melahirkan generasi berdisiplin tanpa rotan
  • Pendirian negara jelas tidak menggunakan rotan sebagai alat pendidikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!