Semangat Gaza perlu sentiasa dibarakan, usah berhenti

Ribuan warga Terengganu berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Rusila sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan Sumud Flotilla Jumaat lalu.
Ribuan warga Terengganu berhimpun di perkarangan Masjid Kampung Rusila sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan Sumud Flotilla Jumaat lalu.
A
A
A

MERAK Jalanan teringat waktu kecil dahulu, setiap malam duduk di depan televisyen sambil menonton berita bersama keluarga.

Konflik Palestin, perang Bosnia, perang Teluk Iraq antara cerita yang sering singgah di telinga.

Setiap ledakan bom dan jeritan kanak-kanak di skrin terasa menusuk hati walau Merak Jalanan masih belum benar-benar faham erti peperangan.

Zaman dulu kita senang nak ikut perkembangan dunia sebab medium kita jelas televisyen dan surat khabar.

Setiap kali berita tentang Palestin disiarkan, seluruh keluarga berhenti sekejap, menonton dengan penuh simpati. Itulah pendidikan kemanusiaan yang paling awal buat ramai antara kita.

Tapi kini, Merak Jalanan hairan walaupun budak-budak ada telefon di tangan, ada di antara mereka tidak lagi dekat dengan isu kemanusiaan.

Dunia mereka dipenuhi hiburan, permainan dan tular melalaikan. Simpati dan empati yang dulu datang secara semula jadi kini tenggelam dalam hiruk-pikuk maya yang kosong.

Namun, Merak Jalanan suka melihat bagaimana konvoi kemanusiaan seperti Global Sumud Flotilla baru-baru ini kembali membuka mata banyak pihak.

Kehadiran mereka bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa semula kesedaran yang hampir padam.

Artikel Berkaitan:

Kini ramai mula bercakap tentang Gaza, perjuangan yang tidak pernah menyerah.

Lebih menggembirakan, budak-budak sekolah kini kembali bertanya, siapa pejuang Gaza, kenapa mereka berjuang, dan apa yang boleh kita bantu. Kesedaran itu hidup semula.

Pesan Merak Jalanan, semangat Gaza tidak boleh dibiarkan padam selepas konvoi ini berlabuh.

Ia mesti sentiasa dibarakan terus di hati anak kecil, di perbualan keluarga, di ruang media dan di jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kerana perjuangan Palestin bukan hanya kisah mereka. Ia cermin kemanusiaan kita semua, sejauh mana hati ini masih mampu bergetar bila melihat orang lain menderita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!