Lelaki nikahi dua wanita dalam tempoh 72 jam

BANTAENG - Seorang lelaki tular kerana menikahi dua wanita dalam tempoh kira-kira 72 jam.
'Perkahwinan bermadu' tersebut dilaporkan berlaku di Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia.
Si suami dikenali sebagai Rusli turut memberikan wang hantaran berjumlah 90 juta rupiah (RM22,817) setiap seorang kepada isteri-isterinya.
Majlis unik itu pertama kali dikongsikan pemilik akaun Ainun Dhifa Rina di Facebook pada Ahad lalu.
Ia berkongsi gambar majlis perkahwinan Rusli bersama isteri-isterinya, Warni dan Kasma di lokasi berbeza.
Difahamkan, Warni dinikahi pada 5 Oktober dan majlis pernikahan dengan Kasma pula diadakan selang dua hari pada Selasa.
Perkahwinan mereka mendapat pelbagai reaksi warganet dan ada yang membongkar kisah cinta tiga segi pasangan bermadu itu.
Ada seorang pengguna media sosial mendakwa Kasma merupakan wanita pertama yang dilamar Rusli, namun akhirnya menjadi isteri kedua.
Pemilik akaun Ani Syariel yang mengaku jiran Rusli mendedahkan lelaki itu tersepit dan akur untuk berpoligami setelah dia didesak Warni bersama keluarganya supaya menikahi wanita tersebut. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Bantaeng, Indonesia, menikahi dua wanita dalam 72 jam Perkahwinan bermadu ini diadakan dengan hantaran 90 juta rupiah untuk setiap isteri Majlis perkahwinan dikongsikan di Facebook oleh Ainun Dhifa Rina Warni dinikahi pada 5 Oktober dan Kasma dinikahi selang dua hari kemudian Ada dakwaan Rusli didesak untuk berpoligami oleh Warni dan keluarganya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

