Dua wanita, seorang remaja hilang

IPOH - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua wanita dan seorang remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang dalam tiga kes berasingan di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kes pertama melibatkan remaja perempuan, Sharvinder Kaur Sohan Singh, 17, yang dilaporkan hilang di kawasan Menglembu.
Menurutnya, Sharvinder Kaur yang beralamat di Lebuh Keledang Utara 5, Taman Arkid, Menglembu, dilaporkan hilang melalui laporan polis di Balai Polis Menglembu.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Kes, Inspektor Zurainie Syamira Mohd Zainudin di talian 017-9558984 atau 05-2451500 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kes kedua melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun dikenali Annusia Micheal Dass yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Silibin, Jelapang.
Sebarang maklumat mengenai keberadaan wanita ini boleh disalurkan kepada Pegawai Kes, Inspektor Devendran Balakrishnan di talian 018-9633365 atau menghubungi IPD Ipoh.
Tambah Abang Zainal Abidin, polis juga sedang mengesan seorang lagi wanita, Chai Foo Ching, 45, dengan alamat terakhirnya di Jalan Kelbang Indah 9, Medan Klebang Indah, Ipoh.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Kes, Sarjan Muhd Yassier As Syafiq Yaacub di talian 019-4590032 atau menghubungi IPD Ipoh atau balai polis berhampiran," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kesemua individu terbabit agar tampil membantu pihak polis bagi mempercepatkan usaha mengesan mereka.
Ringkasan AI
- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan dua wanita dan seorang remaja berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Ipoh
- Remaja perempuan, Sharvinder Kaur Sohan Singh, 17, hilang di kawasan Menglembu
- Wanita berusia 22 tahun, Annusia Micheal Dass, dilaporkan hilang di Taman Silibin, Jelapang
- Chai Foo Ching, 45, dilaporkan hilang dengan alamat terakhir di Jalan Kelbang Indah 9, Medan Klebang Indah, Ipoh
- Maklumat mengenai individu hilang boleh disalurkan kepada Pegawai Kes atau dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

