Warga asing: Lelaki kerja kontrak, wanita pula jadi GRO

Merak Jalanan percaya kehadiran warga asing wanita sebagai GRO bukan terjadi secara kebetulan. Gambar hiasan
Merak Jalanan percaya kehadiran warga asing wanita sebagai GRO bukan terjadi secara kebetulan. Gambar hiasan
A
A
A

SEKALI lagi Merak Jalan nak membicarakan tentang pekerja asing di negara ini.

Lelaki warga asing memang diambil untuk buat kerja berat dalam kategori kotor, bahaya dan sukar terutama di tapak pembinaan.

Mereka mengerah tenaga dari pagi hingga ke petang dan kadangkala sampai malam.

Tetapi yang tak sedap dengar bila golongan wanita warga asing diambil bekerja menjadi GRO di pusat hiburan bagi melayan pelanggan

Syabas kepada pihak berkuasa yang telah menyerbu beberapa pusat hiburan. Contohnya di Kuantan, seramai 85 GRO warga asing berjaya ditahan.

Ini bukan perkara baharu kerana sudah banyak kes sedemikian dilaporkan di seluruh negara. Tapi masih ramai pengusaha pusat hiburan menggunakan khidmat GRO.

Jangan lagi kompromi terhadap premis yang melanggar peraturan kerana rakyat mahukan tindakan yang lebih tegas.

Sampai bila kita mahu menutup mata terhadap kebanjiran pekerja asing dalam bidang yang tidak sepatutnya.

Artikel Berkaitan:

Jika pusat hiburan menggaji warga asing sebagai GRO, bertindak tegas menutup premis itu serta-merta, bukan sekadar denda kecil yang boleh dibayar untuk kembali beroperasi seperti biasa.

Merak Jalanan percaya kehadiran warga asing wanita sebagai GRO bukan terjadi secara kebetulan.

Ada pihak yang membawa masuk dan mungkin berlaku ketirisan permit kerja atau ada kelemahan dalam penguatkuasaan yang membiarkan perkara ini terus berlaku.

Jika kelonggaran terus diberikan, pusat hiburan akan menjadi lubuk eksploitasi warga asing wanita dan sudah pasti ada aksi menjijikkan.

Lagi bagus dan satu tindakan terpuji jika semua pekerjaan di pusat hiburan ditetapkan untuk rakyat tempatan bukan Islam termasuk pengunjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!