Kucing curi-curi naik keretapi, pekerja terpaksa hantar pulang

Kucing bernama Zeus itu menaiki perkhidmatan kereta api Greater Anglia sejauh 60 kilometer sebelum ditemui kakitangan stesen di London.-Agensi
Kucing bernama Zeus itu menaiki perkhidmatan kereta api Greater Anglia sejauh 60 kilometer sebelum ditemui kakitangan stesen di London.-Agensi
A
A
A

LONDON - Seekor kucing berusia empat tahun mencuri perhatian selepas menaiki kereta api sejauh kira-kira 60 kilometer dari Braintree, Essex ke London Liverpool Street tanpa disedari pemiliknya.

Kucing bernama Zeus itu menaiki perkhidmatan kereta api Greater Anglia pada 10 November lalu sebelum ditemui kakitangan stesen di London.

Perjalanan sejauh 37 batu (kira-kira 60 kilometer) itu berakhir apabila kakitangan stesen mengambil haiwan berkenaan dan membawanya ke pejabat bagi memastikan keselamatannya.

Jurucakap Greater Anglia berkata, Zeus kemudian diiringi menaiki kereta api untuk perjalanan pulang ke Braintree.

Pemiliknya, Lily Burroughs berkata, dia tidak begitu terkejut apabila mengetahui Zeus sekali lagi mengembara jauh tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, kucing itu memang gemar keluar rumah dan pernah melakukan perjalanan ke beberapa lokasi lain sebelum ini.

Zeus juga memakai dua alat pengesan lokasi bagi membolehkan pemiliknya menjejaki pergerakannya.

Burroughs berkata, dia pernah cuba mengurung haiwan peliharaannya itu di dalam rumah, namun Zeus sering berusaha keluar sehingga mencederakan dirinya sendiri.

Katanya, Zeus merupakan kucing yang sangat sosial dan gemar berinteraksi dengan orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Dia turut berterima kasih kepada kakitangan kereta api yang membantu membawa pulang haiwan peliharaannya itu.

Jurucakap Greater Anglia berkata, Zeus kelihatan menikmati perhatian kakitangan stesen dan penumpang sepanjang perjalanan pulang.-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!