RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibentang bagi bacaan kali pertama

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan kali ini.
Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU berkenaan bertujuan meminda Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) dengan memperuntukkan penyelesaian yang lebih adil kepada pengguna di bawah suatu perjanjian sewa beli khususnya penggantian kaedah sedia ada bagi pengiraan caj terma.
Pindaan lain turut melibatkan penyelarasan had maksimum caj terma bagi perjanjian sewa beli yang menggunakan kadar tetap atau kadar boleh ubah, serta membolehkan penggunaan teknologi baharu dalam pemeteraian perjanjian sewa beli.
Selain itu, pindaan tersebut juga bertujuan mengemas kini terma yang lapuk supaya selaras dengan standard pengawalseliaan semasa dan perkembangan teknologi. - Bernama
Ringkasan AI
- RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang membentangkan RUU tersebut menyatakan bacaan kali kedua akan dilaksanakan pada persidangan yang sama
- Pindaan bertujuan untuk memperuntukkan penyelesaian yang lebih adil kepada pengguna dalam perjanjian sewa beli melalui penggantian kaedah pengiraan caj terma
- Pindaan juga melibatkan penyelarasan had maksimum caj terma serta pembolehan penggunaan teknologi baru dalam pemeteraian perjanjian
- Selain itu, ia bertujuan mengemas kini terma perjanjian yang lapuk agar selaras dengan standard pengawalseliaan semasa dan perkembangan teknologi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
