Himpunan Pro Palestin kecoh, berlaku adegan tolak-menolak dan baling telur

KUALA LUMPUR - Suasana tegang berlaku sekitar himpunan pro Palestin yang dijalankan berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini pada Jumaat.
Suasana himpunan yang pada mulanya berlangsung dengan aman itu kemudiannya bertukar kecoh apabila terdapat beberapa individu menjerit supaya pihak polis membuka kawalan yang dilaksanakan menuju ke Kedutaan AS.
Selain itu terdapat beberapa individu tidak dikenali dipercayai membaling telur ke arah pagar kedutaan.
Turut kelihatan beberapa wanita dilaporkan terjatuh ketika adegan tolak-menolak itu berlaku.
Bagaimanapun suasana tegang itu kemudiannya berjaya dikawal anggota polis bertugas sebelum peserta kemudiannya dinasihatkan supaya bertenang.
Terdahulu, peserta Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla di Jalan Tun Razak dibenarkan bergerak berdekatan kedutaan AS di sini pada Jumaat.
Peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik itu mula bergerak sekitar jam 3.30 petang.
Ia dikawal pegawai serta anggota polis yang menjaga keselamatan sejak awal himpunan berlangsung.
Ringkasan AI
- Suasana tegang berlaku sekitar himpunan pro Palestin berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
- Suasana aman berubah kecoh bila beberapa individu menjerit supaya polis buka kawalan ke kedutaan
- Individu tidak dikenali membaling telur ke arah pagar kedutaan
- Beberapa wanita terjatuh dalam adegan tolak-menolak
- Polis berjaya kawal suasana, peserta dinasihatkan bertenang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

