Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla dibenarkan bergerak berdekatan kedutaan AS

A
A
A

KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla di Jalan Tun Razak dibenarkan bergerak berdekatan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini pada Jumaat.

Peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik itu mula bergerak sekitar jam 3.30 petang.

Ia turut dikawal pegawai serta anggota polis yang menjaga keselamatan peserta sejak awal himpunan berlangsung.

Terdahulu, wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia dilaporkan bersetuju menerima memorandum berhubung isu Palestin yang dikemukakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya dihubungi wakil kedutaan yang menetapkan serahan memorandum dilakukan pada jam 3 petang.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Peserta Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla bergerak berdekatan kedutaan AS di Kuala Lumpur pada Jumaat
  • Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik
  • Himpunan berlangsung dengan aman dan dikawal pegawai serta anggota polis
  • Wakil Kedutaan AS bersetuju menerima memorandum berhubung isu Palestin
  • Memorandum diserahkan kepada kedutaan AS pada jam 3 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!