Wakil AS setuju terima memorandum isu Palestin

Orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik dilihat mula berkumpul bermula jam 2.30 petang
Orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang politik dilihat mula berkumpul bermula jam 2.30 petang
A
A
A

KUALA LUMPUR – Wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia bersetuju menerima memorandum berhubung isu Palestin yang dikemukakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pihaknya dihubungi wakil kedutaan yang menetapkan serahan memorandum dilakukan pada jam 3 petang.

“Cuma dua orang dibenarkan masuk iaitu saya dan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik.

“Mereka juga bersetuju untuk mendengar tuntutan rakyat serta menerima memorandum daripada NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),” katanya ketika himpunan berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, ribuan peserta Himpunan Solidariti Free Sumud Flotilla berarak dari Bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat menuju ke Kedutaan AS sebagai tanda solidariti terhadap misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Difahamkan, semalam memorandum sama cuba diserahkan, namun wakil kedutaan tidak hadir atas faktor keselamatan dan hanya memberi jaminan untuk menerimanya kemudian.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia bersetuju menerima memorandum berhubung isu Palestin
  • Memorandum dikemukakan oleh Angkatan Muda Keadilan bersama beberapa NGO
  • Serahan memorandum ditetapkan pada jam 3 petang
  • Hanya dua orang dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum
  • Ribuan peserta berarak sebagai tanda solidariti terhadap misi Global Sumud Flotilla

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!