TPR SPRM ditahan kes dadah: Polis masih menunggu laporan patologi

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu keputusan patologi daripada Jabatan Kimia susulan kes membabitkan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan kerana memiliki dadah pada 23 September lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan kes berkenaan masih dijalankan.
"Siasatan kes ini masih belum dapat dimuktamadkan sehingga keputusan laporan patologi diperoleh.
"Terdapat beberapa proses-proses yang masih belum selesai berkaitan kes ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan suspek berusia 30-an itu ditahan pada 23 September lalu selepas ujian saringan air kencingnya disahkan positif dadah.
Susulan itu, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek kemudiannya direman selama tiga hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai proses rakam keterangan, manakala kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.
Ringkasan AI
- Polis menunggu keputusan patologi Jabatan Kimia berkenaan kes Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan memiliki dadah
- Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan siasatan masih dijalankan
- Keputusan laporan patologi diperlukan untuk memuktamadkan siasatan
- Suspek ditahan selepas ujian air kencing positif dadah pada 23 September
- Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

