Cikgu sekolah menengah didakwa sekali lagi kes dadah

Seorang guru sekolah menengah didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa atas satu pertuduhan kes dadah jenis syabu.
Seorang guru sekolah menengah didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Selasa atas satu pertuduhan kes dadah jenis syabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang guru sekolah menengah didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret pada Selasa atas satu pertuduhan kes dadah jenis syabu.

Mohd Amirul Amin Ismail, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Wan Noora Nisa Ngadirin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa ada dalam memilikinya dadah jenis ‘methamphetamine’ dengan anggaran berat 1.17 gram di kuarters kerajaan di Subang Jaya pada jam 6.30 petang 27 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah seksyen 12(3) akta sama, membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Ariz Zainal Alam mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam, Anasuha Atiqah Mat Saidi yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan alasan perlu menyara keluarga.

“Dia pernah dituduh atas satu lagi kes lain melibatkan dadah.

“Bagaimanapun, saya mohon mahkamah mengambil kira bahawa dia telah diberi jaminan polis dan hadir sendiri ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan ini,” katanya.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Wan Noora Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 Disember depan.

Artikel Berkaitan:

Pada 28 Julai lalu, Mohd Amirul mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan ada dalam milikannya dadah jenis pil yaba seberat 5.31g di lokasi serupa pada jam 12.30 tengah malam bulan sama.

Ringkasan AI

  • Seorang guru sekolah menengah didakwa memiliki dadah syabu di kuarters kerajaan Subang Jaya
  • Mohd Amirul Amin Ismail, 34, mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret Shah Alam
  • Didakwa memiliki methamphetamine seberat 1.17 gram pada 27 September
  • Berdepan denda maksimum RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
  • Peguam rayu ikat jamin rendah atas alasan menyara keluarga, diberi ikat jamin RM3,500

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!