Sistem pengesan SNCC meningkat 30,000 kepada 3.4 juta tontonan

Sani Araby ketika dalam sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Gudang Mapim Malaysia Central pada Khamis.
Sani Araby ketika dalam sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Gudang Mapim Malaysia Central pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) yang merekodkan pergerakan misi Global Sumud Flotilla (GSF) mencatat peningkatan daripada 30,000 kepada 3.4 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, perkembangan itu menjadi bukti jelas bahawa masyarakat dunia sedang menumpukan perhatian terhadap misi kemanusiaan yang digerakkan oleh aktivis antarabangsa sekali gus meningkatkan kesedaran mereka terhadap genosid di Gaza.

"Kita terkejut apabila laman pengesan SNCC naik mencanak. Jika hari biasa kita dapat sekitar 30,000 yang melawat tetapi semalam (Rabu) merekodkan sebanyak 3.4 juta.

"Saya boleh katakan ini adalah salah satu manifestasi bahawa misi ini adalah usaha kita semua.

"Tidak akan berjaya untuk kita angkat kesedaran umum terhadap genosid di Gaza kalau tidak libatkan usaha semua pihak termasuk kementerian dan media," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pusat Kawalan Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) di Gudang Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Malaysia, pada Khamis.

Sebelum ini, SNCC pada Khamis jam 2.03 pagi waktu Malaysia, mengesahkan kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika konvoi itu menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.

Ujar Sani Araby, SNCC juga akan mengadakan sidang media berkala sebanyak tiga kali sehari pada jam 10 pagi, 3 petang dan 9 malam bagi memaklumkan perkembangan semasa misi flotilla.

"Ini masanya untuk seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, titipkan doa Qunut Nazilah dan laksanakan solat hajat sama ada berjemaah atau di rumah masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Dalam suasana getir ini, pihak kerajaan telah pun memberi komitmen, pihak peguam akan melaksanakan peranan mereka tetapi peranan kita di Malaysia ini adalah untuk membawa naratif yang membina," ujarnya.

Beliau turut mengingatkan objektif misi penting ini yang bersandarkan kepada tiga perkara termasuk desakan menghentikan peperangan.

"Kedua, untuk kita mendesak dihentikan kebuluran ke atas Gaza dan paling utama, untuk kita mendesak pemimpin dunia seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka koridor kemanusiaan Rafah supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk sebesar-besarnya," menurut beliau.

Ringkasan AI

  • Sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara mencatat peningkatan tontonan pergerakan misi Global Sumud Flotilla Tontonan meningkat dari 30,000 kepada 3.4 juta dalam 24 jam Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, mengumumkan perkembangan tersebut Peningkatan tontonan menjadi bukti penumpuan dunia terhadap misi kemanusiaan Misi bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap genosid di Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!