Masjid di Terengganu diseru adakan solat hajat buat sukarelawan GSF

Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai misi GSF ke Gaza.
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai misi GSF ke Gaza.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seluruh masjid di negeri ini diseru supaya mengadakan solat hajat khusus bagi mendoakan keselamatan peserta Misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Zahari Sulong berkata, solat hajat tersebut akan diadakan di seluruh masjid di Terengganu selepas selesai Solat Jumaat, esok.

"Inisiatif itu bertujuan menunjukkan sokongan moral dan spiritual terhadap perjuangan kemanusiaan dan usaha murni yang dibawa oleh aktivis flotilla berkenaan.

"Sehubungan itu, kerjasama pihak masjid amatlah dihargai bagi mengadakan solat hajat di tempat masing-masing," katanya menerusi surat rasmi yang diedarkan pada Khamis.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha berkenaan selari dengan semangat solidariti umat Islam dalam membela nasib rakyat Palestin yang berdepan kekejaman rejim Zionis.

Surat edaran tersebut turut diedarkan kepada semua Pegawai Agama Daerah di seluruh Terengganu untuk tindakan lanjut.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Masjid di Terengganu diseru mengadakan solat hajat untuk Misi Global Sumud Flotilla ke Gaza
  • Solat hajat diadakan selepas Solat Jumaat
  • Tujuan untuk tunjuk sokongan moral dan spiritual terhadap perjuangan kemanusiaan
  • Kerjasama masjid dihargai untuk mengadakan solat hajat
  • Usaha ini selari dengan semangat solidariti umat Islam membela rakyat Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!