Harga runcit diesel di Semenanjung naik 4 sen, RON97 dan RON95 kekal

Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter. Gambar hiasan
Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 Februari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut kekal pada RM1.99 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit diesel di Semenanjung meningkat empat sen kepada RM2.96 seliter
  • Di Sabah, Sarawak dan Labuan harga diesel kekal pada RM2.15 seliter
  • Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter
  • Harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter
  • Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia untuk memastikan kesejahteraan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!