Rakyat Malaysia belajar matematik bersama-sama kerana BUDI95

Mengajar ilmu mengira kepada orang dewasa lagi menguji kesabaran.
Mengajar ilmu mengira kepada orang dewasa lagi menguji kesabaran.
A
A
A

SEJAK minggu lalu, heboh di media sosial tentang kiraan sistem Budi Madani RON95 (BUDI95). Merak Jalanan terhibur melihat telatah pempengaruh dan individu yang tidak lokek ilmu matematik kerana rupa-rupanya ramai yang keliru dengan had 300 liter sebulan dan jarak 300 kilometer yang pada mereka tak mencukupi.

Ramai pula berubah profesion menjadi ‘guru matematik sandaran’ demi beri penjelasan kepada pengguna.

Ada pula fiil yang mungkin sengaja buat-buat tak faham atau kerana faktor usia hingga menyebabkan ilmu mengira jadi makin sukar.

Tak pasal-pasal platform media jadi panas kerana golongan yang susah diajar ini. Ingatkan mendidik pelajar sudah mencabar, rupa-rupanya mengajar ilmu mengira kepada orang dewasa lagi menguji kesabaran.

Itu belum hal golongan tiada atau gagal perbaharui lesen yang pertikai hak mereka kerana tidak mendapat BUDI95. Salah siapa kalau bukan diri sendiri yang selama bertahun selamba langgar undang-undang.

Bila tiba hari pertama pelaksanaan BUDI95, lain pula ragamnya. Kali ini, Merak Jalanan lihat ramai pula yang salah faham dengan jumlah yang perlu dibayar.

Ada yang dakwa kononnya mereka dapat minyak ‘extra’ dengan jumlah bayaran sekian sedangkan harga yang dipaparkan pada pam minyak itu sebenarnya sebelum subsidi.

Lebih mengelirukan, ada pula juruwang yang terlebih pandai imbas kod bar dan maklumkan bayar RM40 akan dapat RM52.26. Bagaimana boleh ada pula jumlah tambahan seperti itu?

Rakyat Malaysia sekali lagi belajar matematik bersama-sama untuk merungkai kekeliruan itu dengan kiraan bayaran RM1.99 darab jumlah liter.

Artikel Berkaitan:

Bagi Merak Jalanan, tak usah peningkan kepala, jika sebelum ini kita biasa isi dengan jumlah RM, apa kata untuk lebih mudahkan diri sendiri, kita kira guna liter untuk BUDI95 ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!