BUDI95: Insiden gangguan transaksi akibat masalah Wi-Fi - Petron

Petron dalam kenyataan memaklumkan insiden melibatkan seorang pelanggan di stesen minyak di Pasir Gudang adalah kes terpencil.
Petron dalam kenyataan memaklumkan insiden melibatkan seorang pelanggan di stesen minyak di Pasir Gudang adalah kes terpencil.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden gangguan transaksi pembelian petrol RON95 menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) di stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor berpunca daripada gangguan sambungan Wi-Fi di kawasan itu.

Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) dalam kenyataan memaklumkan insiden melibatkan seorang pelanggan itu adalah kes terpencil dan pelan kesinambungan perniagaan telah diaktifkan bagi menangani situasi terbabit.

"Kami (Petron) telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak. Isu ini adalah terpencil.

"Semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan kami akan terus memastikan urusan pelanggan

berjalan lancar,” menurut Petron menerusi kenyataan di Facebook.

Petron turut menasihati pelanggan yang mengalami sebarang isu menghubungi Petron Care melalui talian 1300 228 211 atau e-mel ke petroncare@petron.com.my untuk mendapatkan bantuan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan seorang pelanggan mengalami gangguan transaksi ketika berurusan di stesen minyak Petron di Pasir Gudang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Insiden gangguan transaksi pembelian petrol RON95 di stesen minyak Petron di Pasir Gudang disebabkan oleh gangguan sambungan Wi-Fi
  • Petron menyatakan insiden tersebut sebagai kes terpencil dan telah mengaktifkan pelan kesinambungan perniagaan
  • Pelanggan yang terjejas ditawarkan bantuan dan transaksi diteruskan pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak
  • Petron mengesahkan semua stesen lain beroperasi seperti biasa dan berjanji akan memastikan urusan pelanggan berjalan lancar
  • Pelanggan yang mengalami isu boleh menghubungi Petron Care untuk mendapatkan bantuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!