Batal lesen sekiranya pengusaha makanan ingkar

Gambar hiasan. Gambar kecil: Noraini
Gambar hiasan. Gambar kecil: Noraini
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen perniagaan bagi mana-mana pengusaha di bawah kawasan pentadbiran MPSJ yang didapati melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, arahan ini selepas pihak MPSJ mendapati terdapat ramai pengusaha makanan yang masih membuka premis mereka dan terus melayani pelanggan tanpa mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan.

"Langkah ini juga bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk Subang Jaya terjamin tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengusaha yang melanggar peraturan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, 16 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 selama 14 hari di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: