X

Kindly register in order to view this article
!

Gajah 'lawat' rumah cikgu!

Kelibat haiwan itu mula disedari oleh pengawal keselamatan. - Foto pembaca
A
A

GERIK - Sebuah rumah penduduk orang asli rosak dan pagar kuarters perumahan guru musnah akibat dimasuki seekor gajah yang tersesat di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar di sini baru-baru ini.

Rumah penduduk itu rosak setelah pokok kelapa berhampiran tumbang 'ditolak' gajah hingga menjejaskan struktur bumbung.

Kehadiran gajah itu juga dikesan selepas memasuki kuarters berkenaan dengan merobohkan pagar.

Kelibat haiwan itu berjaya dirakam oleh salah seorang penghuni kuarters berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi, Sabtu minggu lalu.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, dia yang pertama kali berhadapan dengan gajah rasa gementar apabila haiwan itu memasuki ke kawasan kediamannya.

"Rasa takut sebab bahagian kepala dan belalainya boleh mencapai tingkat satu rumah saya.

Struktur bumbung rumah penduduk rosak dihempap oleh pokok kelapa yang tumbang di tolak gajah di RPS Kemar. - Foto pembaca
Struktur bumbung rumah penduduk rosak dihempap oleh pokok kelapa yang tumbang di tolak gajah di RPS Kemar. - Foto pembaca

"Gajah ini mula melawat di sini selama tiga hari berturut-turut. Bimbang juga nak keluar rumah meskipun ia hanya datang pada waktu malam," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Salbiah Mohamed berkata, pihaknya yang menerima aduan itu segera menghantar bantuan bumbung dan membaiki rumah penduduk tersebut.

"Isu kehadiran gajah bukanlah isu baru dan semua sedia maklum kawasan itu merupakan habitat asalnya yang berkongsi dalam satu penempatan yang sama.

"Masalah yang dihadapi 15 kampung rangkaian dalam RPS Kemar melibatkan kira-kira 6,000 penduduk itu adalah gajah yang selalu masuk dan memusnahkan tanaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, perkara itu sudah kita maklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

"Kita faham mengenai kekangan yang dihadapi pihak Perhilitan untuk memasuki kampung ini sekiranya menerima aduan.

"Namun, kita harapkan pihak Perhilitan dapat respon awal membantu penduduk dengan menghalau haiwan itu kembali ke hutan," katanya.

Pagar Kuaters Perumahan Guru di RPS Kemar roboh dimasuki gajah. - Foto Pembaca
Pagar Kuaters Perumahan Guru di RPS Kemar roboh dimasuki gajah. - Foto Pembaca

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kakitangannya telah melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan menilai kerosakan yang berlaku.

"Hasil pemantauan yang dilakukan mendapati tiada kerosakan yang serius.

"Namun, pihak kami akan cuba dapatkan peruntukkan untuk beli pagar elektrik mudah alih," katanya.

Katanya, penggunaan alatan itu adalah yang terbaik dan sesuai untuk dipasang di lokasi tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!