Setahun pemergian Ustaz Safri, anak sambung legasi ilmu di University Al-Azhar

Hussamuddin (empat, kiri) sampaikan Bingkai Pesan Abuya kepada Ahmad Deedath (empat, kanan) selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Karangkraf, pada Isnin.
Hussamuddin (empat, kiri) sampaikan Bingkai Pesan Abuya kepada Ahmad Deedath (empat, kanan) selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Karangkraf, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM – Tanggal 23 September menjadi tarikh penuh makna buat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Genap setahun Allahyarham Ustaz Safri Muhammad Zein, bekas Ketua Penyelidik dan Pembangunan WUIF, kembali ke rahmatullah. Pada tarikh yang sama, anak beliau, Ahmad Deedath AlHamzani, 19, berangkat ke Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Al-Azhar.

Gambar kenangan, Ahmad Deedath bersama bapanya, Allahyarham Ustaz Safri dan ibunya, Al-Rusamiah ketika mendapat keputusan Mumtaz pada Sijil Menengah Agama 2022.
Gambar kenangan, Ahmad Deedath bersama bapanya, Allahyarham Ustaz Safri dan ibunya, Al-Rusamiah ketika mendapat keputusan Mumtaz pada Sijil Menengah Agama 2022.

Bagi mengenang jasa dan perjuangan Allahyarham yang dikenali sebagai murabbi serta pejuang al-Quran, WUIF menganjurkan Majlis Tahlil dan Doa Selamat.

Majlis itu turut menjadi tanda sokongan buat Ahmad Deedath yang kini menyambung legasi ilmu ayahandanya di bumi anbiya.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, majlis ini sarat dengan emosi kerana warga WUIF masih merasai kehilangan tokoh besar itu.

“Sejak kecil, Ahmad Deedath bersama arwah ayahnya mengikuti program WUIF. Dia membesar dalam perjuangan al-Quran. Harapan kami agar beliau menjadi pejuang agama ALLAH seperti ayahandanya,” katanya.

Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub turut melahirkan rasa terharu kerana anak sahabat karibnya itu dipilih ALLAH SWT untuk memikul tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga pada usia muda.

Artikel Berkaitan:

Gambar kenangan, Ahmad Deedath bersama bapanya, Allahyarham Ustaz Safri dan ibunya, Al-Rusamiah pada masa mendapat keputusan SPM 2023.
Gambar kenangan, Ahmad Deedath bersama bapanya, Allahyarham Ustaz Safri dan ibunya, Al-Rusamiah pada masa mendapat keputusan SPM 2023.

“Pesan saya, jangan putus untuk berhubung dengan keluarga. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan buat ummah,” ujarnya.

Dalam ucapannya, Ahmad Deedath merendah diri dan mengajak semua untuk bersyukur atas nikmat iman.

“Saya membesar dalam suasana WUIF, melihat bagaimana semua orang gigih berusaha menyebarkan tadabbur al-Quran. Saya bersyukur dikelilingi insan yang baik. Doakan saya agar pulang nanti dapat berkhidmat untuk umat, dan bukan mencari dunia melalui agama,” katanya.

Ahmad Deedath merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Beliau mempunyai seorang abang, Muhammad Alif Al Ghozaly, dan seorang adik perempuan, Aisyah Nur Kasih Safri.

No Image Caption

Turut hadir memberikan sokongan di majlis itu ialah ibu saudaranya, Waliyatul Uzma Ismail, yang mewakili ibu Ahmad Deedath, Al-Rusamiah Ismail.

Majlis turut diisi dengan bacaan tahlil dipimpin Editor Karya Bestari, Ustaz Khairul Naim Mansor, serta perkongsian 9 Pesan Luqman oleh Ketua Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail, yang pernah dikaji bersama Allahyarham.

Kata-kata Ustaz Safri yang sentiasa menjadi ingatan, “Rehat kita hanya di syurga” terus segar sebagai inspirasi warga WUIF.

Sebagai tanda sokongan, Ahmad Deedath menerima sumbangan daripada staf WUIF, Rumah Ngaji serta set buku My #QuranTime terbitan Karya Bestari, selain bingkai Pesan Abuya, beg dan t-shirt al-Saff.

Kehadiran keluarga, pihak pengurusan dan warga WUIF dalam majlis itu bukan sekadar mengenang pemergian seorang murabbi, tetapi juga menegaskan bahawa perjuangan ilmu dan al-Quran yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Safri tidak akan terhenti.

Langkah Ahmad Deedath ke Universiti Al-Azhar menjadi simbol kesinambungan legasi seorang ayah kepada anaknya, bahawa perjuangan al-Quran tidak pernah padam, malah terus hidup dalam jiwa generasi baharu.

Ringkasan AI

  • Tanggal 23 September menjadi tarikh penting bagi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas kerana genap setahun pemergian Ustaz Safri dan perjalanan anaknya Ahmad Deedath ke Mesir untuk belajar di Universiti Al-Azhar
  • Majlis Tahlil dan Doa Selamat diadakan sebagai penghormatan kepada jasa Ustaz Safri dan sebagai sokongan kepada Ahmad Deedath
  • Ahmad Deedath membesar dalam suasana yang mendukung perjuangan al-Quran dan dia diharapkan menjadi pejuang agama seperti ayahandanya
  • Datuk Hussamuddin Yaacub mengungkapkan harapan agar Ahmad Deedath dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan ummah
  • Perjalanan Ahmad Deedath mewakili kesinambungan legasi ayahnya dalam perjuangan al-Quran dan menjadi inspirasi untuk generasi baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!