Bayi 20 hari ditanam hidup-hidup, tangan keluar dari lumpur

SHAHJAHANPUR – Seorang bayi perempuan berusia 20 hari ditemui masih hidup selepas ditanam di dalam lumpur di daerah Shahjahanpur, Uttar Pradesh, India.
Bayi berkenaan dijumpai oleh seorang penggembala kambing ketika menjaga ternakannya
Dia mendengar tangisan halus sebelum ternampak tangan kecil bayi tersebut keluar dari bawah tanah.
Orang ramai segera memaklumkan kepada pihak polis dan bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan.
Ketua Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Shahjahanpur, Dr Rajesh Kumar berkata, bayi terbabit tiba dalam keadaan kritikal dan dipenuhi lumpur.
Jelasnya, bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas kerana lumpur masuk ke dalam mulut serta hidung.
“Dia juga mengalami luka gigitan serangga dan tanda kekurangan oksigen.
"Keadaannya sempat menunjukkan sedikit pemulihan dalam tempoh 24 jam pertama, namun kembali merosot akibat jangkitan,” katanya kepada BBC.
Menurut Dr Rajesh, luka segar pada tubuh bayi itu menunjukkan bayi berkenaan baru sahaja ditanam ketika ditemui.
"Pasukan perubatan termasuk pakar bedah berusaha mengawal jangkitan, namun keadaan dilaporkan semakin kritikal," ujarnya.
Sementara itu, pihak polis masih menyiasat insiden tersebut dan belum mengenal pasti identiti ibu bapa bayi berkenaan.
Unit perlindungan kanak-kanak di Uttar Pradesh juga telah dilibatkan bagi membantu siasatan.
Ringkasan AI
- Seorang bayi perempuan berusia 20 hari ditemui masih hidup selepas ditanam di dalam lumpur di Uttar Pradesh, India
- Bayi tersebut dijumpai oleh seorang penggembala kambing yang mendengar tangisan halus
- Bayi itu dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan, dalam keadaan kritikal dan dipenuhi lumpur
- Mengalami kesukaran bernafas dan luka gigitan serangga, keadaannya sempat pulih sebelum merosot akibat jangkitan
- Pihak polis dan Unit perlindungan kanak-kanak sedang menyiasat insiden tersebut tanpa identiti ibu bapa bayi itu diketahui
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

