UNGA lulus resolusi benarkan Presiden Palestin sampaikan ucapan melalui rakaman video

Mahmoud Abbas - Foto: Agensi
Mahmoud Abbas - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat menerima pakai resolusi yang membenarkan Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyampaikan ucapan pada Perbahasan Umum peringkat tinggi minggu depan melalui kenyataan yang telah dirakam.

Usul mengenai penyertaan Negara Palestin dalam sesi ke-80 Perhimpunan itu diluluskan dengan 145 undi menyokong, enam berkecuali dan lima menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel, lapor Anaolu Ajansi.

Langkah itu diambil selepas Washington menolak dan membatalkan visa untuk Abbas dan pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin, sekali gus menghalang mereka daripada melakukan perjalanan ke New York bagi perhimpunan tahunan PBB itu.

Keputusan AS itu dibuat selepas pengumuman United Kingdom, Perancis, Australia dan Kanada mengenai rancangan mereka untuk mengiktiraf Negara Palestin semasa mesyuarat PBB akan datang, menyertai 147 negara yang sudah berbuat demikian.

Duta Palestin Riyad Mansour mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong resolusi itu, dengan menyifatkannya sebagai "pendirian yang amat jelas” bahawa negara tuan rumah mesti menghormati kewajipannya di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB.

Beliau berkata, penafian visa itu adalah "penyalahgunaan kuasa dan hukuman terhadap Negara Palestin yang tidak sepatutnya berlaku,” sambil menegaskan Palestin tidak akan berundur walau seinci daripada haknya untuk menyertai PBB sepenuhnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai resolusi untuk Mahmoud Abbas menyampaikan ucapan melalui kenyataan yang telah dirakam
  • Resolusi diluluskan dengan 145 undi menyokong, enam berkecuali dan lima menentang termasuk Amerika Syarikat dan Israel
  • Washington menolak dan membatalkan visa untuk Abbas dan pegawai kanan Pihak Berkuasa Palestin, menghalang mereka dari perjalanan ke New York
  • Keputusan AS selepas negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Australia dan Kanada mengumumkan rancangan untuk mengiktiraf Negara Palestin
  • Duta Palestin Riyad Mansour mengucapkan terima kasih kepada negara yang menyokong, mengkritik penafian visa sebagai penyalahgunaan kuasa dan hukuman tidak adil terhadap Negara Palestin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!