Jenazah mangsa keempat Covid-19 selamat dikebumikan


Urusan pengebumian jenazah mangsa sedang dilakukan oleh beberapa orang yang dibenarkan masuk ke tanah perkuburan itu.
Urusan pengebumian jenazah mangsa sedang dilakukan oleh beberapa orang yang dibenarkan masuk ke tanah perkuburan itu.
A
A
A

JASIN - Jenazah mangsa keempat wabak koronavirus (Covid-19) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chohong, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Jenazah lelaki berusia 50 tahun itu dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jenazah lebih kurang jam 1.30 tengah hari dan dibantu kira-kira 10 orang kariah masjid serta kakitangan hospital.

Orang awam termasuk media tidak dibenarkan menghampiri tanah perkuburan berkenaan selain turut dipasang pita kuning polis.

Mangsa dipercayai kes-238 Covid-19 dan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kes kematian keempat direkod di negara ini

Mangsa yang juga pesara tentera itu dilaporkan mula mengalami gejala simptom pandemik termasuk masalah pernafasan sebelum mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 12 Mac lalu.


Pita kuning polis dipasang dipintu masuk tanah perkuburan dan pagar.
Pita kuning polis dipasang dipintu masuk tanah perkuburan dan pagar.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 1.30 pagi tadi selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Difahamkan beberapa ahli keluarga turut dikuarantin selain seorang sepupu mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Dr Noor Hisham dalam catatan Facebook rasmi beliau, mengesahkan kematian ketiga akibat wabak Covid-19 apabila seorang lelaki tempatan iaitu kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Selasa lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan dua kematian pertama akibat wabak Covid-19 di negara ini, melibatkan kes ke-178 dan ke-358, masing-masing di Johor dan Sarawak.

Kedua-dua kematian yang melibatkan rakyat tempatan, masing-masing seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh berkenaan, manakala seorang paderi berusia 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik.