Seminar i-ESG, IR 5.0 tonjol peluang transformasi PKS di Perak

Pou Hian (duduk, tiga dari kiri) bersama wakil-wakil persatuan yang menyokong penganjuran Seminar 2.0: Mengapa i-ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Inklusif) & Transformasi Perindustrian 5.0 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina, 16 Oktober depan.
Pou Hian (duduk, tiga dari kiri) bersama wakil-wakil persatuan yang menyokong penganjuran Seminar 2.0: Mengapa i-ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Inklusif) & Transformasi Perindustrian 5.0 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina, 16 Oktober depan.
A
A
A

IPOH - Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Perak bakal didedahkan dengan peluang baharu dalam teknologi dan kelestarian menerusi Seminar 2.0: Mengapa i-ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Inklusif) & Transformasi Perindustrian 5.0 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina, 16 Oktober depan.

Seminar anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang itu mendapat sokongan pelbagai persatuan yang mewakili sektor pembuatan dan perdagangan di Perak dan dijangka menghimpunkan lebih 700 peserta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Cheah Pou Hian berkata, program tersebut merupakan kesinambungan daripada seminar yang diadakan Jun lalu, namun kali ini menampilkan kerjasama lebih besar melibatkan pelbagai persatuan industri.

"Buat julung kalinya, seminar ini melibatkan penyertaan sektor swasta secara langsung. Ia bukan sahaja menyatukan sumber, malah memberi ruang kepada syarikat memahami trend pasaran serta dasar kerajaan dengan lebih tepat dan praktikal," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.

Beliau berkata, model kerjasama rentas sektor itu dijangka membawa pelbagai manfaat kepada pemain industri termasuk akses lebih mudah kepada pembiayaan, penerapan teknologi baharu, pengembangan rangkaian perniagaan serta peningkatan daya saing.

Seminar berkenaan turut menampilkan lima reruai bertemakan ESG yang akan dipamerkan di ruang pameran. Antara yang mengambil bahagian ialah Trinergies Engineering Solutions Sdn Bhd, Empiric Science Sdn Bhd dan Institut Agro Usahawan (iGROW).

Trinergies Engineering Solutions Sdn Bhd merupakan pakar dalam penyelesaian gudang pintar dan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan kelajuan, ketepatan dan produktiviti.

Empiric Science Sdn Bhd pula adalah pengedar utama teknologi penilaian pematuhan berasaskan awan, manakala iGROW berperanan sebagai pusat latihan keusahawanan pertanian dengan menawarkan kursus jangka pendek dan panjang dalam pelbagai bidang.

Dalam pada itu, tujuh persatuan industri turut tampil sebagai penyokong rasmi, antaranya Persatuan Pemilik Perindustrian Kinta Perak, SME Association of Perak dan Malaysia-China Hakka Business Confederation Association (Cawangan Perak).

Artikel Berkaitan:

Taklimat Pelan Tindakan Khas Komuniti (PTKK) oleh PLANMalaysia Perak pula akan memberi tumpuan kepada peranan PKS dalam agenda pembangunan negeri melalui peningkatan infrastruktur komuniti, transformasi hijau dan pintar serta pertumbuhan inklusif selaras dengan matlamat Perak Sejahtera 2030.

Pou Hian turut mengumumkan bahawa Konsul Jeneral China di Pulau Pinang, Zhou Youbin akan hadir sebagai tetamu kehormat bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagi menyempurnakan pemeteraian tiga memorandum persefahaman (MoU) strategik.

Katanya, MoU tersebut melibatkan syarikat dari Hong Kong, Singapura serta perusahaan dan persatuan tempatan yang dijangka membuka lebih banyak ruang kerjasama ekonomi serta pertukaran teknologi.

"Seminar ini bukan sahaja percuma, malah terbuka kepada semua pihak yang ingin mendapat pendedahan tentang strategi baharu, teknologi serta peluang pembiayaan yang boleh dimanfaatkan untuk kelestarian perniagaan," kata.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui talian 010-392 2683 atau secara dalam talian di pautan https://forms.gle/IXAVGSpJYf4Gouef6.

Maklumat lanjut turut boleh diperoleh melalui laman Facebook rasmi Cheah Pou Hian Fans.

Ringkasan AI

  • Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Perak bakal didedahkan dengan peluang baharu dalam teknologi dan kelestarian
  • Seminar 2.0: Mengapa i-ESG & Transformasi Perindustrian 5.0 akan diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina, 16 Oktober
  • Program ini merupakan kerjasama antara sektor swasta dan pelbagai persatuan industri
  • Tujuh persatuan industri turut tampil sebagai penyokong rasmi seminar ini
  • Seminar ini terbuka kepada semua pihak yang ingin mendapat pendedahan tentang strategi baharu, teknologi serta peluang pembiayaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!