Lebih 20 penduduk terperangkap banjir di Tanjung Malim

Paras air sedang meningkat ketika operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi. Foto: Bomba Perak
Paras air sedang meningkat ketika operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi. Foto: Bomba Perak
A
A
A

TANJUNG MALIM – Lebih 20 penduduk dilaporkan terperangkap selepas kawasan Kampung Simpang 4 Dalam di sini dilanda banjir sejak pagi Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.02 pagi.

Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap untuk dibawa ke tempat selamat. Foto: Bomba Perak
Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap untuk dibawa ke tempat selamat. Foto: Bomba Perak

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan bantuan BBP Slim River digegaskan ke lokasi.

"Komander Operasi bersama 16 anggota dikerahkan dengan kekuatan tiga jentera iaitu sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah van utiliti.

"Setibanya di lokasi, didapati kawasan berkenaan dinaiki air dan lebih 20 penduduk terperangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kawasan Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim dinaiki air dengan lebih 20 penduduk terperangkap. Foto: Bomba Perak
Kawasan Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim dinaiki air dengan lebih 20 penduduk terperangkap. Foto: Bomba Perak

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, paras air ketika itu sedang meningkat dan operasi menyelamat masih dijalankan setakat jam 6.50 pagi.

"Pasukan bomba kini memberi tumpuan untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap bagi dibawa ke kawasan selamat," ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • Lebih 20 penduduk Kampung Simpang 4 Dalam, Tanjung Malim terperangkap akibat banjir
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 6.02 pagi
  • Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim dan Slim River digegaskan ke lokasi
  • 16 anggota bersama tiga jentera termasuk FRT dan LFRT dikerahkan untuk operasi penyelamatan
  • Paras air meningkat dan operasi penyelamat masih berlangsung hingga jam 6.50 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!