Felda Chiku 1 dan 2 di Gua Musang dilanda banjir kilat

GUA MUSANG -Hujan lebat tanpa henti sejak jam 5 petang, Selasa menyaksikan kawasan Felda Chiku 1 dan 2, di sini dilanda banjir kilat.
Situasi itu menyaksikan seramai 135 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Semai Bakti di Chiku 2 sementara menunggu air surut sepenuhnya.
Menurut Pegawai APM Gua Musang, Leftenan Mohd Hanafi Mohd Bokri, kejadian terbabit dipercayai berlaku disebabkan limpahan air yang tidak dapat mengalir dengan baik ekoran ketiadaan sistem perparitan yang sempurna di kawasan berkenaan.
"Kawasan terbabit didakwa terletak berhampiran lokasi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).
"Ketiadaan parit menyekat aliran air ke sungai terdekat," katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu tular di media sosial situasi banjir di Chiku 1 dan 2 dikongsi oleh warganet.
Ringkasan AI
- Gua Musang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti sejak jam 5 petang Selasa
- Seramai 135 keluarga terpaksa berlindung di PPS Dewan Semai Bakti Chiku 2
- Banjir dikatakan berlaku kerana limpahan air dari sistem perparitan yang tidak sempurna
- Kawasan tersebut berdekatan dengan lokasi pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama
- Ketiadaan parit menyekat aliran air ke sungai menyumbang kepada banjir
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

