Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak

Pasukan bomba ketika menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di tepi Jalan Labuk, Batu 27, Sandakan.
Pasukan bomba ketika menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di tepi Jalan Labuk, Batu 27, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang wanita maut dirempuh sebuah treler ketika sedang menjual buah-buahan di gerainya yang terletak di tepi Jalan Labuk, Batu 27 di sini, pada pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Ernawati Lajaruddin, 50, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ulu Dusun.

Dalam kejadian sama, terdapat seorang wanita dikenali Rosimah Nari, 31, turut dilaporkan parah akibat tersepit dalam lori kargo 10 tan manakala tiga mangsa lain termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan terselamat.

Pasukan bomba ketika menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di tepi Jalan Labuk, Batu 27, Sandakan.
Pasukan bomba ketika menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di tepi Jalan Labuk, Batu 27, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah kereta.

Menurutnya, mangsa yang berniaga di tepi jalan dibawa ke Klinik Kesihatan Ulu Dusun selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

"Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Beliau dalam pada itu memaklumkan kerja-kerja mengalihkan muatan kayu yang berselerak di atas jalan raya turut dilakukan bagi membolehkan laluan dibuka semula kepada pengguna jalan raya.

Seorang wanita maut dirempuh sebuah treler ketika sedang menjual buah-buahan di gerainya.
Seorang wanita maut dirempuh sebuah treler ketika sedang menjual buah-buahan di gerainya.

Sementara itu, Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, seramai tujuh anggotanya dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 43 kilometer.

"Operasi dijalankan melibatkan beri rawatan awal kepada mangsa yang parah dan mengeluarkan mangsa tersepit sebelum kedua-duanya masing-masing dihantar ke Klinik Ulu Dusun dan Hospital Beluran untuk rawatan lanjut," katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 9. 34 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!