Banjir di Tanjung Malim pulih, semua PPS ditutup

Laporan Sinar Harian berhubung banjir Tanjung Malim makin buruk, hampir 400 mangsa dipindahkan
Laporan Sinar Harian berhubung banjir Tanjung Malim makin buruk, hampir 400 mangsa dipindahkan
A
A
A

TANJUNG MALIM – Situasi banjir yang melanda daerah Muallim sejak Isnin lalu pulih sepenuhnya apabila semua lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa ditutup sepenuhnya.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Muallim, penutupan PPS dilakukan secara berperingkat sejak Selasa selepas keadaan cuaca bertambah baik dan paras air surut sepenuhnya.

Kesemua 397 orang daripada 91 keluarga yang ditempatkan di PPS sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa kawasan kediaman mereka selamat untuk diduduki semula.

Baki 33 mangsa daripada sembilan keluarga yang baru dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim turut dibenarkan pulang pada pagi Khamis.

“Bacaan air Sungai Slim di Slim River yang sebelum ini melepasi paras bahaya telah menurun kepada 24.77 meter iaitu di tahap berjaga-jaga,” menurut kenyataan tersebut.

Kesemua mangsa yang dipindahkan telah menerima bantuan makanan serta pemantauan kesihatan daripada agensi terlibat sepanjang berada di PPS.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Situasi banjir di daerah Muallim yang bermula pada Isnin lalu telah pulih sepenuhnya
  • Semua lima pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya
  • Sejumlah 397 orang daripada 91 keluarga yang ditempatkan di PPS telah dibenarkan pulang
  • Bacaan air Sungai Slim telah turun ke tahap berjaga-jaga
  • Mangsa banjir telah mendapat bantuan makanan dan pemantauan kesihatan sewaktu di PPS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!