‘Mansuh matrikulasi akan beri kesan besar kepada pelajar luar bandar’

PKPIM menegaskan program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai laluan alternatif selain STPM bagi membantu pelajar luar bandar dan golongan memerlukan mengakses pendidikan tinggi - Gambar hiasan, gambar kecil: Muhammad Dzul Aiman
PKPIM menegaskan program matrikulasi wajar dikekalkan sebagai laluan alternatif selain STPM bagi membantu pelajar luar bandar dan golongan memerlukan mengakses pendidikan tinggi - Gambar hiasan, gambar kecil: Muhammad Dzul Aiman
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan supaya program matrikulasi dimansuhkan akan memberi kesan besar kepada pelajar luar bandar dan golongan yang memerlukan sokongan akses pendidikan tinggi.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Dzul Aiman Zulkefly berkata, program itu wajar dikekalkan kerana ia berfungsi sebagai laluan alternatif kepada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam memastikan peluang pendidikan lebih inklusif untuk para pelajar.

“PKPIM mengiktiraf bahawa STPM merupakan laluan yang mencabar dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun pada masa sama program matrikulasi juga memainkan peranan sebagai jambatan persediaan akademik.

“Kedua-dua laluan ini mempunyai kekuatan masing-masing dan tidak wajar dipertikaikan,” katanya kepada Sinar Ahad.

Muhammad Dzul Aiman bagaimanapun berkata, pihaknya mendesak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperincikan kaedah pengambilan pelajar universiti awam melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU) dengan lebih telus bagi mengelakkan persepsi ketidakadilan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cadangan mansuh program matrikulasi akan affect pelajar luar bandar dan yang memerlukan
  • Program matrikulasi dianggap laluan alternatif kepada STPM yang inklusif
  • STPM adalah laluan mencabar dan diiktiraf antarabangsa
  • Matrikulasi berfungsi sebagai jambatan persediaan akademik
  • Desakan kepada KPT untuk detailkan pengambilan pelajar universiti secara telus melalui UPU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!