Bapa mangsa tikam tuntut hukuman setimpal demi keadilan anak

Khamis ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Khamis ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Bapa kepada mangsa tikaman maut mengharapkan hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku yang menyebabkan anaknya terkorban.

Khamis Abdul Rahim, 55, berkata, keluarganya berharap kematian Nurul Nur Syamira, 28, dan seorang lagi mangsa, Ku Asyraf Ku Shuib, 30, mendapat pembelaan sewajarnya.

Dalam masa sama, beliau bersyukur apabila suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Saya bersyukur apabila dimaklumkan ada tangkapan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian tikam sehingga menyebabkan nyawa anak saya terkorban.

“Sekurang-kurangnya ada keadilan untuk anak saya dan jika terbukti dia yang buat, saya harap dia mendapat hukuman setimpal,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Protan, Bagan Serai, Perak selepas solat Isyak pada Jumaat.

Beliau berkata, ketika ini masih berada di Perak dan dijangka pulang ke Sungai Petani untuk menyelesaikan urusan berkaitan.

“Saya teringatkan arwah kerana dia anak yang baik. Setiap hari sebelum pergi kerja, dia akan salam dan tunggu saya,” katanya.

Khamis berkata, Nurul Nur Syamira merupakan anak sulung daripada tiga beradik hasil perkahwinan dengan arwah isteri yang meninggal dunia pada tahun 2013.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, Nurul Nur Syamira telah berpisah dengan bekas suami, namun segala dokumen berkaitan pernikahan yang dilangsungkan di Thailand dipercayai berada pada lelaki terbabit.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dan lelaki ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan, pada Khamis lalu.

Ringkasan AI

  • Bapa mangsa tikaman maut mengharapkan hukuman setimpal untuk pelaku
  • Keluarga berharap kematian Nurul Nur Syamira dan Ku Asyraf Ku Shuib mendapat pembelaan sewajarnya
  • Suspek yang terlibat dalam kes tikam telah ditahan
  • Jenazah Nurul Nur Syamira telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Protan
  • Nurul Nur Syamira merupakan anak sulung dari tiga beradik, telah berpisah dengan bekas suami

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!