Polis kesan bekas suami mangsa tikaman di Guar Chempedak

Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak pada Khamis.
Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak pada Khamis.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis sedang mengesan bekas suami kepada wanita yang maut akibat beberapa tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintenden Mohamad Hamizi Abdullah berkata, siasatan terperinci turut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh dari semua segi dalam usaha menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun ditemukan meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.40 malam.

Mangsa lelaki ditemukan dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah, manakala mangsa wanita ditemui di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira, tidak jauh dari lokasi mayat lelaki.

Jarak antara kedua-dua lokasi mangsa ditemukan adalah kira-kira tujuh meter.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mengesan bekas suami wanita yang maut akibat tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak
  • Siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti motif
  • Seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dengan kesan tikaman
  • Mayat ditemukan di lokasi berbeza namun berdekatan
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!