Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes lelaki, wanita ditikam

13 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Seorang lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan kematian lelaki dan wanita di Taman Nona Guar Chempedak pada Khamis, direman bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Suspek berusia 29 tahun direman selama enam hari bermula 13 hingga 18 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/747816/berita/semasa/lelaki-direman-6-hari-bantu-siasatan-kes-lelaki-wanita-ditikam