Fenomena gerhana bulan penuh


Fenomena gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai Blood Moon dirakam foto Bernama di Kuala Ibai, awal pagi ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena tersebut bermula pada 7 September, pukul 11.28 malam dengan fasa penumbra apabila bayang bumi mula menutupi permukaan bulan.
Ia kemudian beralih kepada fasa separa pada pukul 12.26 tengah malam, sebelum mencapai fasa penuh pada pukul 1.30 pagi dan memuncak pada pukul 2.11 pagi. Fasa penuh berakhir pada pukul 2.53 pagi, manakala keseluruhan gerhana tamat pada 3.56 pagi selepas berakhirnya fasa separa.
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di kedudukan tepat di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi permukaan bulan. Ketika gerhana penuh, bulan kelihatan merah atau jingga disebabkan penyerakan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. Fenomena astronomi ini dapat disaksikan di seluruh Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
