JKPSB lancar 74 unit rumah baharu di Taman Seri Saujana

Khalid (tengah) menandatangani plak bagi menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Jualan Fasa 6&7 Taman Seri Saujana dan Kenduri Rakyat di Nibong Tebal Arena pada Sabtu.
Khalid (tengah) menandatangani plak bagi menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Jualan Fasa 6&7 Taman Seri Saujana dan Kenduri Rakyat di Nibong Tebal Arena pada Sabtu.
A
A
A

NIBONG TEBAL – Syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), JKP Sdn Bhd (JKPSB) yang juga agensi pelaksana Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) terus mengorak langkah meningkatkan taraf sosioekonomi Bumiputera dengan melancarkan 74 unit rumah baharu di Taman Seri Saujana, Mukim 7, Jalan Bukit Panchor, di sini.

Pelancaran melibatkan 32 unit Rumah Berkembar Dua Tingkat (Fasa 6) dan 42 unit Rumah Teres Dua Tingkat (Fasa 7).

Pengerusi MPBPP merangkap Pengerusi JKPSB, Tan Sri Khalid Ramli berkata, Nibong Tebal berpotensi besar muncul sebagai pusat pertumbuhan baharu di tanah besar Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik sebagai pintu masuk selatan negeri, bersempadan dengan Perak dan Kedah selain dilengkapi kemudahan infrastruktur yang berkembang pesat.

“Kawasan ini mempunyai tanah luas dengan kos lebih berpatutan berbanding di pulau, menjadikannya sesuai untuk pembangunan perumahan dan komersial.

"Malah, Nibong Tebal turut menerima limpahan ekonomi daripada Batu Kawan Industrial Park (BKIP) yang menempatkan lebih 160 syarikat tempatan dan antarabangsa dengan pelaburan melebihi RM16 bilion, selain sokongan projek BKIP 3 bernilai RM2.2 bilion menjelang 2031," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pra Pelancaran Jualan Fasa 6&7 Taman Seri Saujana dan Kenduri Rakyat di Nibong Tebal Arena di sini pada Sabtu.

Khalid (tengah) melancarkan Majlis Pra Pelancaran Jualan Fasa 6&7 Taman Seri Saujana dan Kenduri Rakyat di Nibong Tebal Arena pada Sabtu.
Khalid (tengah) melancarkan Majlis Pra Pelancaran Jualan Fasa 6&7 Taman Seri Saujana dan Kenduri Rakyat di Nibong Tebal Arena pada Sabtu.

Tambah Khalid, dengan populasi Parlimen Nibong Tebal mencecah 122,034 orang pada 2020, kawasan tersebut berpotensi besar menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk mengimbangi pembangunan antara pulau dan tanah besar.

Mengulas lanjut, projek Taman Seri Saujana dibangunkan di atas tanah seluas 13.88 hektar yang merangkumi tujuh fasa pembangunan bercampur.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya ia melibatkan rumah kluster kos rendah dua tingkat, rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar satu tingkat, rumah berkembar dua tingkat selain kedai pejabat dua tingkat, dewan orang ramai dan surau.

"Rumah yang ditawarkan menampilkan rekaan moden dua tingkat dengan susun atur praktikal, termasuk ruang keluarga di tingkat atas. Harga jualan pula bermula RM550,000 bagi rumah berkembar dua tingkat dan RM461,000 bagi rumah teres dua tingkat," ujarnya.

Beliau berkata, JKPSB komited bukan sahaja membangunkan perumahan berkualiti malah mengangkat kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan projek yang mampu dimiliki Bumiputera di Pulau Pinang.

"Kejayaan Taman Seri Saujana boleh dilihat melalui fasa terdahulu (Fasa 1 hingga 5) yang telah siap dan habis dijual, merangkumi 118 unit rumah teres dua tingkat,10 unit rumah berkembar satu tingkat, 44 unit rumah teres satu tingkat, 42 unit rumah berkembar satu tingkat, 84 unit rumah kluster kos rendah dan 11 unit kedai pejabat dua tingkat.

“Dengan tambahan Fasa 6 dan 7, sebanyak 299 unit kediaman dan komersial telah berjaya direalisasikan di kawasan ini, menjadikan Taman Seri Saujana antara pembangunan paling signifikan dalam portfolio JKPSB di Seberang Perai Selatan,” katanya.

Khalid turut mengumumkan bahawa projek baharu, Taman Saujana Permai 2 yang menampilkan 38 unit kediaman bercampur dijangka dilancarkan pada Oktober 2025, sekali gus menyambung momentum pembangunan di kawasan berkenaan.

"Ada beberapa projek besar yang akan digerakkan JKPSB di kawasan lain di Seberang Perai iaitu Taman Seri Puteri, Guar Perahu melibatkan 1,366 unit rumah kos rendah dan sederhana, khusus untuk golongan sederhana di Seberang Perai Tengah dan 313 Residence, Jalan Permatang Pauh melibatkan 1,100 unit pangsapuri berkonsepkan Melayu moden serta 28 unit kedai, mensasarkan golongan M40 ke bawah.

"Selain itu, Teratak Madani di Permatang Pauh iaitu 750 unit pangsapuri bercirikan Melayu tradisional dengan mengutamakan golongan B40 ke bawah," ujarnya.

Tambah beliau, pelancaran mega itu selari dengan aspirasi kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi penekanan khusus kepada penyediaan perumahan mampu milik.

"Ia juga meneguhkan kedudukan JKPSB sebagai tonggak strategik dalam memperluas dan memperkasa pemilikan hartanah Bumiputera di Pulau Pinang,” katanya.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kenduri kampung, persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah, pertandingan mewarna kanak-kanak, badut, 'face painting' dan ruang pameran JKPSB.
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kenduri kampung, persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah, pertandingan mewarna kanak-kanak, badut, 'face painting' dan ruang pameran JKPSB.

Dalam pada itu, seiring semangat muafakat, majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kenduri kampung, persembahan kebudayaan oleh pelajar sekolah, pertandingan mewarna kanak-kanak, badut, 'face painting', ruang pameran JKPSB serta kaunter bank bagi memberi khidmat pembiayaan.

Suasana itu bukan sahaja merapatkan hubungan komuniti, malah memberi peluang orang ramai mendapatkan maklumat terus mengenai projek perumahan berkenaan.

Lebih 1,000 orang awam termasuk panel peguam, panel bank dan pembeli hadir bagi memeriahkan majlis itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!