Malaysia #QuranHour satukan anak muda, asnaf, agamawan di Kelantan

Lebih 1,000 peserta termasuk anak muda dan asnaf berhimpun di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kelantan sempena Malaysia #QuranHour 2025. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Lebih 1,000 peserta termasuk anak muda dan asnaf berhimpun di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kelantan sempena Malaysia #QuranHour 2025. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini pada Sabtu menjadi saksi penyatuan lebih 1,000 jiwa yang terdiri daripada anak muda, asnaf dan agamawan menerusi Malaysia #QuranHour 2025 peringkat Kelantan.

Program anjuran Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) itu turut diadakan serentak di seluruh negara dengan tema 'Merdeka Dengan Rasa' yang mengetengahkan mesej pembebasan jiwa menerusi penghayatan al-Quran berpandukan tiga surah utama iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran.

Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim berkata, penyertaan yang luar biasa itu membuktikan masyarakat masih menaruh harapan kepada al-Quran sebagai panduan hidup, terutama dalam mendepani cabaran sosial dan gejala semasa.

Kehadiran golongan anak muda bukan sahaja membanggakan malah membuka lembaran baharu kerana mereka merupakan generasi pewaris yang akan menyambung usaha dakwah berasaskan al-Quran pada masa depan.
Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Kehadiran golongan anak muda bukan sahaja membanggakan malah membuka lembaran baharu kerana mereka merupakan generasi pewaris yang akan menyambung usaha dakwah berasaskan al-Quran pada masa depan. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Menurut beliau, kehadiran golongan anak muda bukan sahaja membanggakan malah membuka lembaran baharu kerana mereka merupakan generasi pewaris yang akan menyambung usaha dakwah berasaskan al-Quran pada masa hadapan.

"Selain mahasiswa dan pelajar sekolah, kita juga memberi keutamaan kepada golongan miskin, anak yatim serta asnaf supaya mereka dapat merasai kemerdekaan sebenar melalui dekatnya hati dengan al-Quran.

"Sepanjang program, peserta bersama-sama bertadarus surah pilihan dan mendengar tadabbur al-Quran yang disampaikan oleh barisan agamawan tempatan, diikuti doa khusus untuk kesejahteraan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Program turut diadakan serentak di seluruh negara dengan tema 'Merdeka Dengan Rasa' yang mengetengahkan mesej pembebasan jiwa menerusi penghayatan al-Quran berpandukan tiga surah utama iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran. Foto - Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Program turut diadakan serentak di seluruh negara dengan tema 'Merdeka Dengan Rasa' yang mengetengahkan mesej pembebasan jiwa menerusi penghayatan al-Quran berpandukan tiga surah utama iaitu Surah al-Saff, al-Balad dan Ali Imran. Foto - Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Beliau berharap Malaysia #QuranHour akan memberi kesan mendalam kepada para peserta untuk terus menjadikan al-Quran sebagai rujukan dalam menghadapi cabaran hidup.

Tambahnya, ia bukan sekadar kempen membaca al-Quran tetapi satu gerakan nilai yang mengajak seluruh rakyat merasai, menyahut dan bertindak dengan menjadikan ALLAH sebagai pusat perjuangan, bukan kuasa, harta mahupun popular

Ujar Adnan, Malaysia #QuranHour yang diadakan sejak 2015 kini menjadi platform perpaduan ummah melalui al-Quran, dan tahun ini sekali lagi membuktikan bahawa Kelantan terus menjadi antara negeri paling aktif menyertai gerakan global itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!