Lima sahabat didakwa edar, miliki dadah jenis kanabis

Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas empat pertuduhan berasingan memiliki dan mengedar dadah, dua minggu lepas.
Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas empat pertuduhan berasingan memiliki dan mengedar dadah, dua minggu lepas.
A
A
A

GEORGE TOWN - Lima sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas empat pertuduhan berasingan memiliki dan mengedar dadah, dua minggu lepas.

Dalam pertuduhan pertama, penganggur, Muhammad Khalis Abdul Kudus, 39 dan dua nelayan, Amirul Din Abdul Aziz, 44 dan Mohd Firdaus Mohd Fodzi, 40 dituduh secara bersama-sama telah mengedar dadah jenis kanabis seberat 29,902 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir hadapan sebuah rumah di Persiaran Sungai Gelugor 2 pada jam 11.50 malam, 15 Ogos lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Muhammad Khalis dan Amirul Din dituduh telah mengedar kanabis seberat 16179 gram sebuah rumah di Persiaran Sungai Gelugor 2, Gelugor pada jam 12.50 tengah malam, 16 Ogos lalu.

Oleh demikian, bagi kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan rotan.

Kesemua tertuduh mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan untuk kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin di hadapan Majistret, Siti Nurul Suhaila Baharin.

Lau Shavin tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kedua-dua pertuduhan dan Siti Nurul Suhaila membenarkannya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Muhammad Khalis turut menghadapi pertuduhan ketiga secara bersama dengan Azhar Omar, 57 dan Mohd Ekmal Kamarudin, 47 memiliki kanabis seberat 43.91 gram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu sebuah rumah di Persiaran Sungai Gelugor 2, Gelugor pada jam 11.30 malam, 15 Ogos lalu.

Oleh demikian, mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A(1) akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan sebat.

Muhammad Khalis mengaku tidak bersalah manakala Azhar dan Mohd Ekmal mengaku bersalah.

Azhar dan Mohd Ekmal diwakili Yayasan Biro Guaman Kebangsaan (YBGK) manakala Muhammad Khalis diwakili peguam, Muhamad Asri Abdul Hamid.

Tiga daripada lima tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town untuk menghadapi pertuduhan memiliki dan mengedar dadah pada dua minggu lalu.
Tiga daripada lima tertuduh dibawa ke Kompleks Mahkamah George Town untuk menghadapi pertuduhan memiliki dan mengedar dadah pada dua minggu lalu.

Lau Shavin menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin terhadap Azhar dan Mohd Ekmal.

YBGK dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh kerana mempunyai tanggungan keluarga.

"Azhar merupakan pemandu lori dengan pendapatan RM2,100 sebulan dan menanggung seorang anak manakala Mohd Ekmal bekerja sebagai pekerja bank dengan pendapatan RM6,000 sebulan.

"Bagaimanapun, dia menanggung ibunya yang sudah tua. Mohon jaminan bagi kedua-duanya dikurangkan," katanya.

Sementara itu, Muhamad Asri tidak membuat sebarang rayuan berikutan anak guamnya menghadapi dua pertuduhan terdahulu yang tidak boleh dijamin.

Siti Nurul Suhaila kemudiannya menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Azhar dan Mohd Ekmal.

Dalam pada itu, bagi pertuduhan keempat, Amirul Din dan Mohd Firdaus dituduh secara bersama memiliki kanabis seberat 2.96 gram di sebuah bilik sebelah kanan di rumah di Persiaran Sungai Gelugor 2, Gelugor.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 11.40 malam, 15 Ogos lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 akta sama dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

YBGK yang mewakili mereka memohon jaminan dikurangkan kerana kedua-duanya hanya bekerja sebagai nelayan.

"Amirul Din dan Mohd Firdaus masing-masing berpendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan dan mempunyai tiga anak.

"Mohon wang jaminan dikurangkan," katanya.

Lau Shavin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap mereka.

Siti Nurul Suhaila kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Kesemua kes ditangguh sehingga 12 November bagi menunggu laporan kimia.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!