Lelaki pukul, ugut warga emas didakwa di mahkamah esok

Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut warga emas susulan kemalangan kecil akan didakwa di mahkamah pada Selasa.
Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut warga emas susulan kemalangan kecil akan didakwa di mahkamah pada Selasa.
A
A
A

KAJANG - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut warga emas susulan kemalangan kecil berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex Batu 9 Cheras di sini pada Ahad, akan didakwa di mahkamah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 52 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada jam 8.30 pagi.

"Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Terdahulu Naazron dilaporkan berkata, kejadian itu berpunca dari kemalangan kecil melibatkan kenderaan pengadu berusia 69 tahun dan suspek.

Menurutnya, suspek seorang lelaki warga tempatan yang juga peniaga berusia 52 tahun telah ditahan pada jam 11.30 malam hari sama di kawasan Kajang.

Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditahan kerana memukul dan mengugut warga emas di Kajang
  • Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang pada Selasa
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506
  • Kemalangan kecil antara kenderaan pengadu dan suspek menjadi punca
  • Suspek merupakan peniaga berusia 52 tahun, ditahan di kawasan Kajang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!