Sila log masuk terlebih dahulu.

'Yuyu', suami dan tiga ahli keluarga didakwa edar pil kuda, berdepan hukuman mati

10 Julai 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai 'Yuyu' bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan dekat sini pada 27 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, atas kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737963/berita/semasa/yuyu-suami-dan-tiga-ahli-keluarga-didakwa-edar-pil-kuda-berdepan-hukuman-mati

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf!

  25–27 Julai

  9 pagi – 12 tengah malam

  Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kesedardadah #mahkamah #KarnivalSiangMalam