Peguam wakili ibu Zara Qairina dibenar sebagai pihak berkepentingan dalam inkues

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Zara Qairina Mahathir, melalui pasukan peguamnya dibenarkan untuk diisytiharkan sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya yang dijadual berlangsung pada 3 September ini.
Keputusan itu dibuat selepas prosiding pendengaran permohonan pasukan peguam berkenaan di Mahkamah Koroner, di sini pada Khamis.
Mahkamah turut membenarkan pasukan peguam yang mewakili kelima-lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu berhubung kematian Zara Qairina, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai koroner, membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya, pasukan peguam Noraidah dan pasukan peguam salah seorang tertuduh terbabit.
Dalam prosiding itu, Azreena memaklumkan bahawa inkues akan diteruskan seperti dijadualkan, namun prosiding akan didengar di hadapan koroner baharu, Amir Shah Amir Hassan.

Sementara itu, peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah berkata, mahkamah membenarkan pihaknya menjadi pihak berkepentingan sekali gus mempunyai akses terhadap dokumen daripada pihak pendakwaan.
"Kami telah diberikan kebenaran untuk menjadi pihak berkepentingan dan juga akan menerima ataupun mempunyai akses kepada dokumen-dokumen daripada pihak pendakwaan tetapi ada empat syarat yang perlu diikuti ataupun perlu dipatuhi oleh pasukan peguam kami.
Hari ini juga ada permohonan pihak peguam-peguam bela yang mewakili pesalah kanak-kanak yang dituduh di mahkamah kanak-kanak minggu lepas sama seperti kami, mereka minta dibenarkan sebagai dimasukkan sebagai pihak yang berkepentingan dalam inkues ini," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, di sini.
Shahlan berkata, pihaknya bagaimanapun membantah permohonan tersebut ketika prosiding berlangsung.
"Pihak kami membantah permohonan tersebut namun pihak Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai bantahan dan disebabkan itu permohonan telah dibenarkan oleh hakim Mahkamah Koroner.
Permohonan kedua pula, mereka memohon agar inkues ini ditangguhkan atas hujahan yang dikemukakan di mahkamah tadi dan pihak kami pun membantah permohonan tersebut. Permohonan mereka telah ditolak oleh hakim Mahkamah Koroner," jelasnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa dokumen berkaitan termasuk laporan bedah siasat Zara Qairina akan diperoleh pada 2 September depan.
Sebelum itu, Shahlan turut bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Peguam Datuk Ram Singh bersama Joan Goh dan Elmer Prem Gunasan mewakili seorang daripada remaja yang didakwa manakala peguam, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan pula mewakili remaja lain.
Sementara itu, pegawai pengendali inkues terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes, dan Dacia Jane Romanus.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
