Lima remaja didakwa: Pasukan peguam wakili ibu Zara Qairina hadir sebagai pemerhati

KOTA KINABALU - Pasukan peguam diketuai Hamid Ismail mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tiba di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu sebagai pemerhati bagi pertuduhan lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak, pada Rabu.
Hamid yang sempat disapa pengamal media di pekarangan mahkamah memaklumkan akan membuat permohonan untuk menangguhkan pendakwaan tersebut.
Dalam pada itu, turut kelihatan pasukan peguambela yang diketuai, Datuk Ram Singh difahamkan hadir bagi mewakili salah seorang remaja yang didakwa di mahkamah tersebut.
Dijangka, prosiding akan berlangsung pada bila-bila masa saja di dalam bilik Mahkamah Kanak-Kanak.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, suasana pekarangan mahkamah ketika ini menjadi tumpuan pengamal media yang membuat liputan kes tersebut.
Mahkamah tidak membenarkan pengamal media untuk memasuki bilik mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan tersebut kerana tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
AKAN MENYUSUL
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
