Identiti lima tertuduh kes buli Zara Qairina akan dilindungi - Azalina

SHAH ALAM - Identiti lima remaja yang akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu pada Rabu berhubung kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, akan dilindungi di sisi undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mereka tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjamin kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan adil, walaupun terlibat kes buli.
"Buli sama ada di sekolah atau dalam talian tidak pernah boleh diterima. Walaupun lima remaja kini berdepan pertuduhan, mereka tetap kanak-kanak di sisi undang-undang.
"Justeru, mereka mesti dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, termasuk kerahsiaan, perwakilan guaman dan layanan yang adil," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Terdahulu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengingatkan orang awam serta media agar tidak mendedahkan identiti lima remaja yang akan didakwa di mahkamah itu pada Rabu berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu tersebut.
Dalam kenyataannya, Suhakam menegaskan pendedahan maklumat seperti nama, gambar, sekolah atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman suspek adalah dilarang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Sekiranya ingkar, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun.
Suhakam turut menekankan Mahkamah Kanak-kanak adalah prosiding tertutup dan hanya pihak berkepentingan dibenarkan hadir.
Dalam pada itu, Azalina menambah, kerajaan Madani komited untuk membendung buli melalui undang-undang berkaitan termasuklah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pindaan Kanun Keseksaan, pengukuhan undang-undang perlindungan kanak-kanak seperti SOAC (2017–2023),
Menurut beliau, usaha tersebut terus diperkukuh melalui Rang Undang-Undang Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam.
"Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) juga sedang mengkaji tribunal buli siber dan jawatan Pesuruhjaya eKeselamatan," ujarnya lagi.
Jelas Azalina, langkah itu bertujuan untuk menyediakan pemulihan segera kepada mangsa, pemulihan kepada pesalah serta pendidikan keselamatan digital, khususnya untuk kanak-kanak.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

