Rumah saksi Guan Eng disamun: Polis analisis CCTV, kerugian RM300,000

Shahrulnizam
Shahrulnizam
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti penjenayah yang memecah masuk kediaman saksi utama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Menteri Kewangan di Jalan Bukit Gasing di sini, yang mengakibatkan kecederaan dan kerugian kira-kira RM300,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan kes ini masih dijalankan.

"Mangsa memaklumkan nilai barangan yang dilarikan dalam kejadian itu sekurang-kurangnya RM300,000.

“Kami juga sedang mengumpul rakaman CCTV dari rumah mangsa dan kawasan sekitarnya," katanya pada Jumaat.

Polis sebelum itu melaporkan bahawa kes samun bersenjata pada Rabu di kediaman terbabit tiada kaitan dengan peranannya dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng.

Maklumat kejadian itu diterima pada jam 7.20 pagi melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beberapa orang penjenayah bersenjatakan parang dan memakai penutup muka telah memecah masuk rumah dan melarikan barangan berharga yang disimpan dalam peti besi.

Penjenayah turut mencederakan seorang penghuni, dua pengawal keselamatan serta pemandu peribadi sebelum melarikan diri menggunakan laluan hutan di bahagian belakang rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, firma guaman Messrs Haijan Omar & Co, yang mewakili Guan Eng, menyifatkan dakwaan yang cuba mengaitkan kejadian itu dengan perbicaraan kes sebagai tidak bertanggungjawab, prejudis dan menjejaskan proses keadilan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!