Remaja lelaki dipercayai dibunuh di rumah sewa

Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu pada Khamis. Gambar hiasan
Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu pada Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Seorang remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di Lundu, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Lundu, Superintenden Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 7.12 pagi daripada pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS).

"Mangsa dihantar ke Unit Kecemasan HUS dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan bengkak pada bahagian mata dan pipi kiri serta kesan darah kering pada hidung,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sudirman berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama-sama beberapa rakan sekerja menghadiri perjumpaan sosial dan dipercayai mengambil minuman keras sebelum kejadian.

Beliau berkata, setelah itu berlaku pertengkaran antara mangsa dengan seorang rakan sekerja yang tinggal serumah sebelum bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

"Mangsa dilaporkan pengsan selepas kejadian dan dibawa ke hospital oleh suspek untuk rawatan,” katanya.

Sudirman berkata, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 33 tahun dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda serta beberapa telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, polis juga giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menghantar mangsa ke hospital.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

 

Ringkasan AI

  • Remaja lelaki 18 tahun dipercayai dibunuh di rumah sewa Lundu
  • Ketua Polis Daerah Lundu, Sudirman Kram, mengumumkan mangsa dibunuh selepas menghadiri perjumpaan sosial
  • Mangsa mengalami kecederaan pada mata, pipi kiri, dan kesan darah kering pada hidung
  • Berlaku pertengkaran antara mangsa dengan rakan sekerja yang bertukar menjadi pergaduhan fizikal
  • Polis telah menahan tiga lelaki dan merampas kenderaan pacuan empat roda serta telefon bimbit untuk siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!