Rogol anak OKU, bapa dijel 16 tahun dan sebat

KOTA MARUDU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya, dua tahun lalu.
Tertuduh berusia 46 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim A Akhiruddin Acho.
Mengikut fakta kes, lelaki berkenaan melakukan perbuatan terbabit terhadap anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun di sebuah kampung di daerah ini pada 21 Disember 2024.
Mangsa membuat laporan polis pada jam 10.46 malam, 28 Disember 2024, mendakwa dirogol oleh bapa kandungnya.
Bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu menahan suspek sebelum dia didakwa pada 26 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh sabitan serta mengenakan perintah pengawasan selama tiga tahun selepas tertuduh selesai menjalani hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tham Pou Jin.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan selepas didapati bersalah merogol adik iparnya di sebuah kampung di daerah sama.
Kesalahan itu dilakukan pada 18 Jun 2018 ketika mangsa berusia 16 tahun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan berkuat kuasa dari tarikh sabitan.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Kota Marudu dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan 12 sebatan kerana merogol anak kandungnya yang berkeperluan khas
- Kejadian rogol berlaku pada 21 Disember 2024 dan mangsa membuat laporan polis pada 28 Disember 2024
- Lelaki tersebut berusia 46 tahun pada masa kejadian
- Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan
- Hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh sabitan dan diikuti dengan perintah pengawasan selama tiga tahun setelah selesai hukuman
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
