Tidak dibenar ulang-alik bekerja di Singapura, Thailand: Imigresen

Khairul Dzaimee
Khairul Dzaimee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia tidak dibenarkan berulang-alik ke Singapura dan Thailand untuk bekerja apabila Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19) dikuatkuasakan di negara ini bermula esok.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, larangan keluar negara adalah termasuk mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura dan Thailand.

"Larangan keluar negara ke atas warganegara Malaysia sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah termasuk mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura dan Thailand berkuat kuasa mulai 18 Mac ini sehingga 31 Mac 2020," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai esok 18 sehingga 31 Mac ini di seluruh negara.

Muhyiddin berkata, Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

ARTIKEL BERKAITAN: Singapura bantu majikan sedia penginapan sementara pekerja Malaysia

Mesyuarat bincang nasib rakyat bekerja di Singapura: Exco Johor

Artikel Berkaitan: